KPKT akan menganjurkan Urban Talk 2021 bertajuk Low Carbon City; Kepentingan Kepada Bandar/PBT. Program bual bicara secara maya ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengurusan bandar di negara ini.
Program ini akan menumpukan kepada memberi kesedaran tentang kepentingan pendekatan bandar rendah karbon, dan perkongsian tentang maksud, kaedah perlaksanaan, pemegang taruh, faedah dan kebaikan, cabaran dan halangan serta cara mengatasinya.
Program ini yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 24 Februari 2021 (Rabu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
(Secara atas talian menggunakan aplikasi Facebook Page Live: Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
pautan : https://www.facebook.com/ikpkt )
Semua dijemput hadir.