PROGRAM ‘ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2019’ BERJAYA JIMATKAN DAN JANA PENDAPATAN RM158,194.00 MELALUI PENJIMATAN AIR DAN ELEKTRIK DAN AKTIVITI KITAR SEMULA

ISKANDAR MALAYSIA, 12 November 2019 – Program ‘Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019’ (IMELC) berjaya merekodkan RM116,092.00 melalui usaha penjimatan air dan elektrik dan penjanaan pendapatan sebanyak RM42,102.00 untuk aktiviti kitar semula melalui penglibatan lebih 47,000 pelajar dari 475 sekolah rendah di seluruh Johor. “Saya gembira melihat pencapaian program IMELC 2019 yang telah berjaya menyokong dan…