Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya membangunkan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035). YAB Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka telah melancarkan PSMJ 2035 pada 8 Mac 2021 dengan menggariskan 175 strategi melibatkan pelbagai pelan tindakan berbentuk program dan projek fizikal bagi tempoh 15 tahun akan datang. PSMJ 2035 ini merangkumi perancangnan pembangunan negeri Melaka bagi mencapai visi Menuju Negeri Lestari 2035.
Kerajaan Negeri Melaka juga telah menetapkan slogan negeri Melaka iaitu “Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia” dengan visi Menuju Negeri Lestari dan misi berasaskan perkataan T.E.R.A.S iaitu Teknologi, Entrepreneurship, Revolusi, Industri dan Ekonomi Antarabangsa dan Sejahtera.
Sila layari https://psmj2035.melaka.gov.my/ untuk maklumat selanjutnya.
The Melaka State Government has successfully developed the Melakaku Maju Jaya 2035 Strategic Plan (PSMJ 2035). YAB Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md Ali, Chief Minister of Melaka launched PSMJ 2035 on 8 March 2021 by outlining 175 strategies involving various action plans in the form of programs and physical projects for the next 15 years. PSMJ 2035 includes the development planning of the state of Melaka to achieve the vision Towards a Sustainable State 2035.
The Melaka State Government has also set the Melaka state slogan “Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia” with a vision Towards a Sustainable State and a mission based on the words T.E.R.A.S namely Technology, Entrepreneurship, Industrial Revolution and International Economy and Prosperity.
Please visit https://psmj2035.melaka.gov.my/ for more information.